Monday

FASTING :D

salam.
dan selamat hari selasa dunia!
skang sudah pukul 0129 pagi.
lagi 3 jam aku nak sahur.
bile aku nak ngantuk nihh.

haihhh. =.=''
tu lahh, minum nes lagi, kan dah tak buleh tido.
kesian mate aku nak rehat.

jadi skang aku baru nak update entry,
setelah beberape abad memikirkan topik yang sesuai.
timekasih lahh, kawan fb, sebab bagi aku idea untuk blog aku yang hidup segan mati tak mahu nih.
nak bace, bace. tak nak bace dahh.
tak kesa punn.

R-m-o-display_large

Ramadhan pertama.

first time aku belajar puase, mase aku tengah hingusan, tadika lagi kot, 6 tahun.
mase tengah bergetah tuu.

*1st day of ramadhan,
 0430 a.m
aku bangun sahur, tu pun lepas mama aku spray air suling kat muke aku sebab dah bape kali mama kejut aku tak bangunbangun.
haihh biase lahh. malam tadi tengok wwe. *midnite show bak kate papa aku.
kemudian, aku sahur lahh. ala kadar jek, asal sahur sudahh.
yang penting bangun sahur.
sebab mama aku cakap,

"yang membezakan puasa kita dengan puasa kaum yahudi ialah sahur. "

timekaseh lahh mama kerane memberi pesanan yang berguna ini.

*1200 p.m
aku boleh tahan lagi. ade jugak rase nak pegi jenguk tudung saji kat dapur,
tapi takut nanti mama aku nampak pulak.
untuk elak dari memikirkan apeapesahaje yang berkaitan dengan makanan,
aku membusykan diri dengan menengok tv.
tapi standard lahh kalau bulanbulan puase nih,
yang kuar kat tv sumer nye iklan air bandung, air sirap, air soya,
air cincau, ayam golek, ayam guling, ajakajak ayam.
fedap aku.
menambah kan rase lapar dalam diri jek.
jadi aku membuat decision untuk menengok mama aku kopek ikan bilis.
ok la tuhh, tak bernafsu pun tengok ikan bilis tuh.
haluss jekk.

*04++ p.m
yeayy.
 pegi bazar naik honda ex5 classic.
bersame papa aku.
papa cakap,

" kalau naik kete nanti susah nak parking, orang ramai kat bazar tuh."

papa aku memang selalu berfikir untuk jangke mase panjang.
oleh kerane mase tu tinggi aku alaala telitabis *aku tak tau ejaan yang betul.
jadi aku tak nampak sangat ape je yang ade kat situ,
tapi aku ade nampak makcik yang beniage kat situ tengah
rase ayam goreng yang dye tengah masak.
cis, kau tak puase ye makcik ayam goreng.

*07++ p.m
selamat berbuka dunia.
bersantap lahh aku sampai lebam ~
^.^

p/s : esok nye dan sampai puase seterus nye aku tak puase dahh, iman tak kuat bile
nampak anak jiran makan jajan yang abah dye jual kat depan rumahh.
siot kau anak jiran depan rumah.
*jiran depan rumah aku tu berbangsa india.

________________________________________________

AMEERA RAMLY
165 CM